Radio Leeeeee

Rabu, 20 Februari 2008

Taklimat Penyelarasan Peruntukan LADAP


25 Mac 2008 Satu taklimat Penyelarasan Peruntukan LADAP telah diadakan di SMK Bandar Rinching. Program itu dianjur oleh Unit Latihan, Pengurusan Sekolah PPDHL. Terima kasih atas komitmen dan kehadiran Penceramah jemputan Pn Marlina Tan Abdullah dari Pusat Pengurusan Latihan, JPS. Seramai 253 peserta hadir dalam majlis tersebut iaitu para pengetua, guru-guru besar dan guru-guru perkembangan staf. Program itu dimantapkan dengan kehadiran Tuan Ismail Musa (Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat) , Puan Nurulbadar Mohd Salleh (Penolong Pegawai Pelajaran Akademik), En Abdul Aziz Isa (Pegawai Pengurusan HEM PPDHL), En Azaharuddin bin Ismail (Penyelia Data PPDHL), Puan Norhayati binti Hashim (Penolong Akauntan Kanan PPDHL). Terima kasih kepada Pengetua dan pengurusan SMK Bandar Rinching atas kerjasama yang diberi untuk kelancaran program tersebut. Tidak lupa penghargaan kepada AJK Perkembangan Staf Daerah yang telah menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program tersebut.