Radio Leeeeee

Rabu, 24 Februari 2010

Selamat Menyambut Maulidurrasul

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan cinta dan kasih-sayangNya, kita telah dikurniakan dengan nikmat Iman dan Islam. Mudah-mudahan kita sentiasa diberi kekuatan dan petunjuk yang benar untuk sentiasa mendukung cita-cita Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Malahan bukan setakat menyambut kelahiran baginda, tetapi diberi kekuatan dengan izinNya untuk menghayati sunnah dan sirah baginda dan dapat menterjemahkannya dalam kehidupan kita. Dan dengan Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh baginda SAW kepada kita akan sentiasa menjadi panduan hidup kita dan panduan pengurusan sumber manusia dalam usaha mendapat mardiatillah. Amin.