tag:blogger.com,1999:blog-79809739393327811412024-03-14T10:24:40.930+08:00AYAHCIKSALAM UKHUWAH
18 DISEMBER 2009Unknownnoreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-38264330974373305342010-02-24T01:10:00.005+08:002010-02-24T02:02:52.580+08:00Selamat Menyambut MaulidurrasulAlhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan cinta dan kasih-sayangNya, kita telah dikurniakan dengan nikmat Iman dan Islam. Mudah-mudahan kita sentiasa diberi kekuatan dan petunjuk yang benar untuk sentiasa mendukung cita-cita Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Malahan bukan setakat menyambut kelahiran baginda, tetapi diberi kekuatan dengan izinNya untuk menghayati sunnah dan sirah baginda dan dapat menterjemahkannya dalam kehidupan kita. Dan dengan Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh baginda SAW kepada kita akan sentiasa menjadi panduan hidup kita dan panduan pengurusan sumber manusia dalam usaha mendapat mardiatillah. Amin.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-38224104520175798462009-11-18T16:39:00.003+08:002009-11-18T16:56:39.687+08:00Respon Kritikan DestruktifRobert T Kiyosaki penulis siri bestseller antarabangsa Rich Dad Poor Dad berhadapan situasi ini dalam sebuah rancangan siaran langsung yang disiarkan di kaca TV Amerika. Seorang pemanggil menelefon ke studio dan memberi maklum balas yang negatif mengenai buku beliau. Beliau menerima kritikan destruktif di hadapan penonton-penonton dalam studio dan penonton-penonton yang sedang menonton di TV.
Beliau mempunyai pilihan mempertahan habis-habisan buku beliau atau sebaliknya.
Konnflik dengan pembaca negatif ini perlu ditangani oleh beliau dengan secara bijaksana. Reputasinya sedang diperhati jutaan penonton. Apa keputusan anda jika berada di tempat beliau?
Responlah dalam Suara HatiUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-59607876538602856182009-01-20T09:06:00.004+08:002009-01-20T09:18:23.464+08:00SELAMAT TAHUN BARUSelamat menyambut tahun baru Hijriah / Masihi kepada semua warga pendidik. Mudah-mudahan semuanya berada dalam ceria dan sejahtera selalu untuk terus melaksana tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebagai warga pendidik. Insya Allah sesungguhnya insan yang ceria akan dapat menceriakan orang lain. Oleh itu usahalah untuk sentiasa ceria. Jangan lupa senyuman, salam, ziarah, doa dan ingatlah tiada yang kekal. Oleh itu teruslah berbakti... Selamat Maju Jaya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-50821219283996413562008-05-29T06:45:00.000+08:002008-05-29T07:26:38.405+08:00KELAS PERTAMAKetahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis. Syaitan hanyalah memperalat nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuan adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkannya tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keiinginannya, tentulah dia akan melemparmu ke neraka. Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahupun buruk. Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari akhirat, maka renungan itu dapat MENCUCI HATI. Seperti disebut oleh Rasulullah saw :
"Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun"Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-55864770374246897762008-03-25T23:58:00.000+08:002008-03-26T00:23:59.468+08:00POWER DALAM MENGURUSDalam pengurusan sumber, kita memerlukan dua power. Pertama adalah status power dan keduanya pula adalah personal power. Status power merupakan anugerah manusia dengan izin Allah dan kebiasaannya diperolehi dengan memohon dan berdasarkan kelayakan. Sementara personal power merupakan anugerah Allah SWT yang terbina dalam diri individu melalui perhubungan yang baik dengan Allah dan manusia; penyuburan kasih sayang; menghormati dan menghargai individu; berusaha menjaga kebajikan orang lain. Status power biasanya tidak kekal dan berpenghujung. Sementara personal power akan kekal selama mana ia berjaya mengekalkan sifat-sifat yang tersebut tadi. Penggunaan status power yang berlebihan mewujudkan pimpinan yang negatif dan kurang kebaikan dan tiada kebajikannya. Penggunaan personal power berlebihan pula mewujudkan pimpinan yang bergerak daripada ciri-ciri kepatuhan kepada iltizam.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-47411557353966123892008-02-26T23:45:00.000+08:002008-02-27T00:19:37.044+08:00KISAH NABI YAAQUB ASTersebut dalam kitab 'Zahrir Riyadh' bahawa nabi Yaaqub as bersahabat baik dengan Malaikat Maut. Maka pada suatu ketika Malaikat maut datang kepada Yaaqub. Yaaqub berkata," Wahai Malaikat maut engkau datang untuk menziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat maut menjawab," Untuk berziarah sahaja" Lalu Yaaqub berkata," Aku mempunyai permintaan kepadamu." Malaikat maut bertanya, "Apakah permntaanmu?" Yaaqub menjawab, "Bila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku hendaklah kau beritahu aku terlebih dulu." Malaikat Maut menjawab, "Baiklah, aku akan mengutus kepadamu dua atau tiga utusan." Maka ketika ajal Yaaqub telah sampai, Malakul Maut datang lagi kepadanya, lalu ditegur Yaaqub," Apakah engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat maut menjawab," Aku datang adalah untuk mencabut nyawamu." Yaaqub bertanya dengan hairan," Bukankah engkau telah berjanji kepadaku hendak mengutus dua atau tiga utusan terlebih dahulu?" Malaikat Maut menjawab," Benar dan aku telah melakukannya. Putihnya rambutmu setelah hitam, lemahnya badanmu setelah kuat dan membongkoknya tubuhmu setelah tegap, itulah utusanku wahai Yaaqub kepada manusia sebelum ianya mati."Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-21377038724751653352008-02-20T14:44:00.000+08:002008-02-20T23:55:00.708+08:00KELEBIHAN AMALAN TERSEMBUNYISesungguhnya amalan secara tersembunyi itu lebih utama daripada 70 pergandaan amalan secara terang, manakala amalan yang terang untuk diikuti pula lebih utama daripada amalan tersembunyi dengan 70 pergandaan-Maksud Hadith.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-74147412530080592452008-02-20T14:34:00.000+08:002008-02-20T23:14:12.064+08:00HALUA MINDAILMU TANPA AMAL SEPERTI POKOK TIDAK BERBUAHUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-8229044836868642772008-02-20T13:07:00.001+08:002008-02-26T23:42:42.153+08:00NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA((Bahawa segala sesuatu itu ada penyakit:
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit Ilmu itu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budipekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah keterlaluan
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah bangga
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah menonjol diri
Penyakit kaya adalah kedekut
Penyakit taat adalah berlebih-lebihan
25 Mac 2008 Satu taklimat Penyelarasan Peruntukan LADAP telah diadakan di SMK Bandar Rinching. Program itu dianjur oleh Unit Latihan, Pengurusan Sekolah PPDHL. Terima kasih atas komitmen dan kehadiran Penceramah jemputan Pn Marlina Tan Abdullah dari Pusat Pengurusan Latihan, JPS. Seramai 253 peserta hadir dalam majlis tersebut iaitu para pengetua, guru-guru besar dan guru-guru perkembangan staf. Program itu dimantapkan dengan kehadiran Tuan Ismail Musa (Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat) , Puan Nurulbadar Mohd Salleh (Penolong Pegawai Pelajaran Akademik), En Abdul Aziz Isa (Pegawai Pengurusan HEM PPDHL), En Azaharuddin bin Ismail (Penyelia Data PPDHL), Puan Norhayati binti Hashim (Penolong Akauntan Kanan PPDHL). Terima kasih kepada Pengetua dan pengurusan SMK Bandar Rinching atas kerjasama yang diberi untuk kelancaran program tersebut. Tidak lupa penghargaan kepada AJK Perkembangan Staf Daerah yang telah menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program tersebut.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7980973939332781141.post-57543886798481685652008-02-20T12:55:00.000+08:002008-02-21T00:36:17.448+08:00NASIHAT HASAN AL-BANAOrang diberi nasihat itu hendaklah menerimanya dengan segala senang hati dan ikhlas serta mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada orang yang telah memberikan teguran dengan secara jujur itu. Keikhlasan hati orang yang memberi nasihat terhadap saudara yang dinasihatinya itu janganlah hendaknya berubah dan jangan pula ada perasaan yang menganggap yang saudara yang diberinya nasihat itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya sendiri atau pun datang suatu perasaan membangga-banggakan kebulihan diri sendiri, malahan bagi orang yang memberi nasihat itu seharusnya menyembunyikan segala keaipan yang diketahuinya tentang diri saudara yang dinasihatinya itu daripada diketahui oleh orang lai. Kemudian dia haruslah menjaga perasaan saudaranya itu serta menanamkan perasaan saling cita mencintai antara satu sama lain.Unknownnoreply@blogger.com0